Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita. Fenomena alam semulajadi yang berlaku di keliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi. Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.
Sains
merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta
peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains. Sains juga banyak
membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan,
bahan-bahan baru serta
peralatan-peralatan yang berguna bagi kita. Melalui kajian sains juga, banyak
pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup
serta kualiti alam sekitar kita. Sains meliputi bidang kajian yang sangat
meluas. Antaranya adalah seperti berikut:- Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
- Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
- Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya.
- Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
- Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
- Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.
Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang
yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan
serta apa yang mereka minati dalam bidang sains. Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan
adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.
Sumber :
http://www.sains123.cikgunaza.com

0 komentar:
Posting Komentar